Tuesday 7 February 2012

PERANCANGAN DALAM MENGIGATI SAKARATUL MAUT

   Bismillaah....mati , semua orang tahu apa itu maksud mati dan mati ini tidak tertumpu kepada manusia sahaja malah tumbuhan , binatang semua akan mati . terus terang aku sangat takut akan mati namun begitu ingat mati membuat aku lebih mudah untuk muhasabah diri . dalam meniti usia yang kian lanjut ini macam-macam bermain di minda mengajukan soalan yang aku sendiri tidak mampu hendak selesaikan , tapi aku punya harapan sebelom menghadapi sakaratul maut antaranya berjumpa dengan orang yang amat aku sayangi dan jugak beberapa perkara yang hendak aku lakukan . orang pertama yang aku hendak jumpa ialah mama aku yang berhempas-pulas selama ini membesarkan anak-anak dengan cukup sabar , aku nak peluk cium mama dan memohon maaf serta halalkan makan minum aku selama ini , '' mama halalkan segala makan minum yea , sayang mama sangat-sangat kalau boleh nak jumpa mama dekat syurga nanti '' . orang yang kedua pula ialah ayah aku seorang yang sangat tegas boleh dikatakan agak garang juga . zaman kanak-kanak selalu kena tidur luar rumah , kena rotan dan macam lagi begitulah hidup aku zaman kanak-kanak tapi tak bermakna aku benci akan ayah aku malah aku terhutang budi kasih dan sayang yang tidak termampu untuk aku balas kerana hari ini aku mampu menjadi insan yang berguna , '' ayah adalah seorang khalifah yang hebat dalam keluarga ini , terima kasih ayah ! '' . korang mesti tertanya-tanya siapa orang yang ketiga yang hendak aku jumpa beliau ialah isteri kepada anak-anak aku . seorang isteri yang taat , patuh pada suruhan agama , seorang ibu yang berjaya membesarkan anak-anak . tidak banyak yang hendak aku katakan kerana tidak terlintas difikiran ini buat masa sekarang cuma aku ingin berpesan , ''sayang , sejak saat pertama kali kita bertemu hinggalah ke saat ini cinta abang tidak pernah pudar dan abg amat bersyukur sangat kerana tuhan memberi abg seorang isteri yang baik dan penyayang , tolong besarkan anak kita dengan baik pastikan ilmu agama cukup jika ada jodoh insyaALLAH kita bertemu lagi di syurga nanti '' . perkara yang aku hendak lakukan pertama sekali aku nak pastikan anak-anak aku dapat yang kasih sayang seorang ayah dan keperluan sehingga anak aku boleh berdikari sendiri ini untuk kebaikan keluarga aku sendiri supaya aku dengan lapang hati meninggalkan dunia ini . perkara lain yang aku hendak buat ialah pastikan isteri aku mampu untuk harungi hidup ini tanpa aku disisi kerana aku tidak mahu dia terlalu meratapi akan pemergianku sehinggakan kasih sayang untuk anak-anak terabai . selepas itu aku hendak buat mama ayah aku gembira , kalau boleh sebelum aku tinggalkan dunia ni aku nak belikan mama dengan ayah aku rumah yang selesa agar dengan cara ini dapat membalas sedikit jasa beliau selama mana mendidik aku walaupun tak seberapa . perkara seterusnya yang aku hendak buat iaitu pastikan semua harta sudah aku wasiatkan ini adalah sangat penting demi masa depan anak-anak , isteri serta mama dan ayah , disamping itu juga bagi mengelakkan diri aku tersiksa hanya kerana perebutan harta pusaka ...

ps / : sebenarnya buat catatan ni untuk satu contest tapi tak jadi so saya ubah sikit buat cerita ^^

Sunday 5 February 2012

Hukum Memukul Anak Yang Malas Solat



Assalamualaikum ... Allahumma solia'la saiyidina Muhammad waa'la ali wasahbihi wabaarik wasallim ... saya nk kongsi sesuatu dengan kawan semua sebelum tu nak tanya la siapa yang dah kawen ? nak citer la skit pasal hukum memukul anak yang degil nak solat ni , yang belum kawen dan belum ada anak pown boleh baca jugak , tak salah memupuk nilai-nilai murni dari awal macam pepatah ''melentur biarlah dari rebungnya'' ^^ ... hukumnya ialah :

1 - kita tidak boleh memukul sampai berdarah ...  macam zaman ni ishhh..tahu-tahu jer la macam mana kan ...
2 - lepas hilang sakit baru boleh pukul lagi ... maksudnya jangan tibai bertalu-talu kesian pulak dekat anak tu kan ...
3 - tidak boleh pukul muka ... ish yang ni bukan anak jer orang lain pown kita tidak boleh pukul muka ...
4 - alat pemukul tidak boleh terlalu basah dan tidak terlalu kering ... basah tu tahu-tahu jer la rasa dia macam mana kan kering pulak macam benda-benda kesat ...
5 - tidak boleh pukul kemaluan atau tempat-tempat boleh mendatangkan mudarat ... macam kepala , kemaluan dll
6 - ketika hendak pukul pulak tidak boleh angkat tangan sampai nampak ketiak ... kepak tu tak terbukak la maksudnya sebab memukul untuk mengajar bukan hukuman dekat penjara nun ...
7 - tidak boleh pukul melebihi 10 kali ... jangan lebih pulak silap-silap anak dah besar nanti dia rotan kita balik padan dengan muka ...
8 -  tidak boleh pukul tempat yang sama ... cuba bayangkan kita gigit lidah yang sudah tergigit ... sedapppp ...
9 - tidak boleh terus memukul anak setelah anak menyebut nama ALLAH S.W.T ... itu tandanya anak dah mula sedar ...

ps / memukul anak biarlah dengan niat nak mengubah atau mendidik bukan dengan amarah ...okeh ...terima kasih ...Assalamualaikum ...

Saturday 4 February 2012

Orang Baru


Assalamualaikum ... saya kat dunia mana ni (O_O)... errr , ada sapa2 tak ? boleh bantu saya tunjuk ajar dan pimpin saya kat dunia baru ni , saya sesat agaknya dh la takda sapa2 kat sini seram plak ... apa saya nk buat ni hmmm ...haaaa , dunia ni macam kosong jer kan apa kata saya hias kasi menarik untuk kepuasan diri lagi pun mana taw ada orang datang melawat nanti tak la kosong sangat dunia ni ... okeh nak pergi hias dulu nanti dapat kongsi dengan semua orang ilmu yang bermanfaat disamping menambah pengetahuan kan ... okeh saya minta diri dulu ...: terima kasih membaca ^^